BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 16, 2010

Jangan simpul kusut tali kasut



Cinta, adakah semudah mengikat tali kasut?

Manusia kalau tengah bercinta, orang kata macam orang yang mabuk. mungkin seperti saya juga suatu ketika dahulu. Sudah tidak kisah sekelilingnya. Sudah tidak kisah orang lain. Yang difikirkan adalah orang yang dicintainya sahaja. Orang kata, lautan api sanggup diredah, gunung everest sanggup dipanjat. Sebahagianya, prinsip dan maruah diri sanggup digadai.

Saya ingin katakan, saya sudah tidak mengiktiraf itu sebagai cinta.
Pada saya, apa namanya cinta jika di akhirat nanti berbalahan? Apa namanya cinta jika di akhirat nanti kedua-duanya terhumban ke neraka? Ketika itu, baru kita tersedar bahawa cinta yang kita kata cinta itu bukan cinta sebenarnya.

Pada saya, hubungan lelaki perempuan yang boleh kita katakan cinta adalah, apabila Allah redha dengan apa yang dikatakan cinta oleh kita itu. Hubungan yang membawa ke syurga. Hubungan yang menyisih dari neraka.
Dan soalan popular yang menyusul pandangan saya ini adalah:

“Bagaimana?”




baca------> LANGIT ILAHI

0 comments: