BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 6, 2010

jauh melayang

Subahanallah dan seribu satu kesyukuran dipanjatkan. Begitu indah hidup ini, jika segala yang datang: tuah mahupun musibah kita sambut dengan jiwa yang kuat. Yakin di datangkan sesuatu itu untuk menguji kita. Semakin banyak hari yang dilalui di bumi barat ini, semakin banyak kerang pengalaman dikutip.satu persatu aku masuk kan dlm bakul.bakul itu aku simpan.

kalau dahulu hidup mudah.. kini hidup lebih mencabar. tidaklah aku mahu merungut gundah gulana, cukuplah ucapkan syukur kerana yakin dan pasti masih ramai di dunia luar yang hidupnya lebih susah.kisah apa org kata, coz i'm not living 4 them. In fact, this is the right time to explore the real world, to know the life, and to know the meaning of satisfaction. Life is not a bed of roses absolutely.


Fall semester ini, walau sudah mahu masuk 2 minggu, penatnya boleh tahan. kelas, kerja dan persatuan. *sigh *sigh *sigh ( Intan, sila kuat lagi) *senyum *senyum *senyum

paling teruk kalau penat pn senyap saja,no facial expression. keadaan ini sememangnya mengajar menjadi lebih menghargai masa.

Balik kelas -------> homework/ belajar
Balik kerja-------->homework/belajar
Balik meeting----->homework/belajar
Balik ******------>homework/blajar
blaaa blaa blaaa...

kalau dulu ada transport pergi kelas.skang kene la jalan kaki. so far, jalan kaki tiada masalah.rumah sebelah kampus should be okey.kalau dulu mmg malas pergi gym even gym beberape langkah je dari rumah,skarang jalan kaki itu aku anggap exercise atas treadmill. guess what, berat badan pn dah turun. see, hikmahnya :)

Terima kasih Allah kerana tidak lupa pada saya yang hina, alpa  ini.


Saturday, August 21, 2010

the next step into a new world

not everything we want, wil b ours. sometimes u feel alone, but still Allah always b on ur side. To be a daughter far from the homeland has taught me a very good lesson. I appreciate my family more and more. Missing my father makes my heart weak and weak enuf. i never said " i love you dad" since I really dont know how to express that pure feeling into words, it is the most merciful love from me after "love to The Almighty and the prophet Muhammad". i just whisper slowly, sending the love confession through my eyes and smile to him.

Fall semester is coming soon. For only one week more, i've to motivate myself, rest rest and rest. Very sure, there will be a very damn hectic and busy life through the whole semester....and i'm counting down for the next year's summer session. Wait for me HOME!

Monday, August 16, 2010

Jangan simpul kusut tali kasut



Cinta, adakah semudah mengikat tali kasut?

Manusia kalau tengah bercinta, orang kata macam orang yang mabuk. mungkin seperti saya juga suatu ketika dahulu. Sudah tidak kisah sekelilingnya. Sudah tidak kisah orang lain. Yang difikirkan adalah orang yang dicintainya sahaja. Orang kata, lautan api sanggup diredah, gunung everest sanggup dipanjat. Sebahagianya, prinsip dan maruah diri sanggup digadai.

Saya ingin katakan, saya sudah tidak mengiktiraf itu sebagai cinta.
Pada saya, apa namanya cinta jika di akhirat nanti berbalahan? Apa namanya cinta jika di akhirat nanti kedua-duanya terhumban ke neraka? Ketika itu, baru kita tersedar bahawa cinta yang kita kata cinta itu bukan cinta sebenarnya.

Pada saya, hubungan lelaki perempuan yang boleh kita katakan cinta adalah, apabila Allah redha dengan apa yang dikatakan cinta oleh kita itu. Hubungan yang membawa ke syurga. Hubungan yang menyisih dari neraka.
Dan soalan popular yang menyusul pandangan saya ini adalah:

“Bagaimana?”




baca------> LANGIT ILAHI

Wednesday, July 21, 2010

pasir.

Andai dia bisa putar waktu
andai dia bisa lihat kembali tanah yang dipijak dahulu
andai dia bisa dengar kembali gemersik suara tika dulu itu
andai dia dapat kembali jati diri yang dulu..

Megahnya seperti istana kaca
tidak seperti istana pasirnya kini.

Tuesday, July 20, 2010

air yang terjun

Sebab ku pohon
sujud dan akur kepada Dia
maka ku kini berdiri tegak
tegak seperti pohon yang rendang besar
tenang tanpa berat yang salah disetiap sudut

Tenangnya seperti lembut bayu yang lalu
leganya seperti desiran air terjun yang jatuh dari puncak
syukurku..

Kesah keluh itu tertiup seperti terbangnya daunan kering dibawa angin
Masih jauh didepan..
sesuatu kucari itu halimunan
tunggu aku
InsyaAllah kubisa temu dalam ribuan

Tuesday, June 8, 2010

seribu dinar


5c8e262b.jpg
Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Saturday, June 5, 2010

ha ha ha

hari ni hanta kak Ju ke airport balik Malaysia. MAsa berlalu pantas.tak sangka rasa baru smalam kami sang junior baru sampai buffalo. But now we're goin to be in sphomore year. Just in a blink. By the way rasa kehilangan jugak. Semua yang dulunya bersatu dekat Collegiate Village semuanya akan berpecah. Dayah + Wani move out ke apartmen lain sem depan. Begitu juga dgn aku, alia,ashi,zerut. Rasa sedih sebb keluarga besar dah berpecah. tapi still berharap kasih sayang antara kami berkekalan selamanya :'C


hari ni jugak xda mood nak belajar. ape nk jadi xtau lah. Yg penting at 7 nak terjun kolam kat lodge! nak nangis dalam kolam kasi kolam tercemar.pas tu nak buat kuak lentang dan kupu-kupu. ramai jugak join petang ni: Mira,shima, zerut, yat,izzah. Izzah jurulatih swimming aku. Alia xtau lah die nak join ke x.sbb dia kat lodge buat sigmen. till then. i'm break down but still SENYUM sbb saye suke senyum dan ketawa n.n)v

ga.Gah

Jadikan diriku seperti gagahnya langit menghampar bumi
Jadikan diriku sperti kerasnya batu mengukuh dasarnya
Jadikan diriku seperti teriknya mentari menyinar alam
Jadikan diriku seperti tabahnya burung terbang ke awan
kerna..
Mereka tidak akan mampu meruntuh dinding itu
Kerna aku yg tahu itu
Takkan pergi ia ke telinga lainnya

al-kausar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasa air sungai ini lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Thursday, June 3, 2010

Hancur. hati. jiwa. rasa

Ketua pemuda ahli syurga, Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma, di dalam himpunan nasihat dan kata – kata hikmah yang terakam di dalam sejarah ketinggian ilmu dan budinya pernah bekata;

“Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara: 1) Sifat takabbur. 2) Sifat Tamak. 3) Sifat dengki. Adapun sifat takabbur, ia menghancurkan ugama dan kerananyalah iblis dilaknat oleh Allah. Sifat tamak pula, ia adalah musuh kepada diri sendiri dan kerananyalah nabi Adam dikeluarkan daripada syurga. Manakala sifat dengki adalah pengepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil telah sanggup membunuh Habil.” ( Kitab ‘Allimu auladakum hubba aali baiti al nabi. ms 30 )

Inilah hikmah yang hebat dan cukup meruntun jiwa untuk menginsafi diri dan mendorong taqwa kepada Allah. Semoga Allah merahmati Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma dan menempatkan kita bersamanya dan para sahabat radhiaLlahu anhum di syurgaNya.

Friday, May 21, 2010

tak MA.hu


Ku Tanya pada rembulan,
Dimana garis putih yang ia slalu pancarkan,
Kutanya pada langit,
Dimana titisan air yang ia slalu renjiskan,
Kutanya pada angin,
Dimana hembusan bayu,
khilafku,
Ku ingin pesan pada arus sungai,
Bawakan salamku pada si pertapa,
Mungkin bisa ia bertemu si pemuja,

Ketika setiap makhluk bernafas,
Seakan memahami..walau ku tika itu buntu,
Ku lihat, ku rasa, namun ku gagal,
Gagal memahami,gagal merasai, gagal memanggil,
Kutidak mahu menikam, kutidak mahu mengkhianat, kerna aku ingin menghormati dan menyayangi,
Juga menjadi pohon yang bisa mnjadi teduhan,
Pohon yang bisa berbakti,
untuk teman,

ku tepis, ku paling, ku belakangkan,
tapi ia hadir,
dan aku masih tidak faham ertinya,
kerna ku tidak mahu.

Tuesday, May 18, 2010

tiUp..

Udara pagi menghentakan diri... 
Saat jiwa terasingkan dari dunia nyata...
Tersadar termenung dimanakah jiwa ini... 
Sudah kembalikah ke jasadnya atau masih di atas sana... 
Tiba tak kira merasakan udara hangat di hati ini... 
Saat cinta Nya merasuki jiwa... 

Bergegasnya ambil air untuk sucikan hati dan jasad...
Dalam keheningan malam ditadahkan tangan ke langit... 
Sujud sembah seorang pencinta merindukan belaian kasih sayang Sang pemberi cinta... 

Dalam tadahan tangannya itu dibanjiri air suci... 
Diiringi bisikan rindu bergemuruh... 
Dialiri hati meringis betapa sangat cinta kepada Dia dan Yang telah dicinta... 

Semoga dipertemukan dalam tali kesucian... 
Benang keridhaan... Jiwa keikhlasan... Dalam kehidupan kelak... Bersama Nya.. .Amin ya robbal alamin.

Sunday, May 16, 2010

li.hat

Mudah untuk memberi...
Sukar utk menerima..
kata itu campak saja ke dalam air..
kerna percik itu basah wajahmu.

B.u.K.A.N  b.U.K.A.N  B.u.K.a.N

Rendangnya daunmu dengan palitan hitam..
hitam-hitam pohon lainnya..
cantiknya warna buahmu itu rabun-rabun..
kerna warna itu bertukar tatkala dilain musim..

Getah yang mengalir dari pohonmu byk yang keras..
walau baik luar dilihat disanjung..
ramainya percaya tapi bukan aku..
kerna kau alpa dan aku lihat.

Thursday, May 13, 2010

kayu-kayu buruk

kalau cinta itu indah,
mana gelak girang nya..

kalau cinta itu manis,
mana snyum tawa nya..

kalau cinta itu rindu,
mana senda gurau nya..

kalau cinta itu ada,
di mana dia adanya..

Saturday, May 1, 2010

S.e.K.e.J.a.P, lepak jap

sebab ini blog saya, so saya rasa xsalah saya nk menconteng dikala kebosanan malam ni. saya pn xrasa ada org baca tulisan saya ni.maybe ada la sorang dua yang suka lalu-lalang kat sini.but who cares..

siang tadi jawab chem, T.e.R.U.K. ini bukan main2.ini betul2. tingl satu paper lg.paper bio.malas pulak nk blajar.rasa cam mmg dah summer.sbb thap kemalasan xboleh dicontrol dan diluar kawalan, maka saya mendenda diri saya dgn meng"deactivate FB" tgk lah bape lame boleh tahan.at least saye malas, xda lah main FB.haha

saya rindu pulak kat ibu saya. Ibu saya slalu skyping dgn saya.hari2.xpernah miss.kalu termiss 1 mlm, mungkin sbb sy tertido awal, but then hari esok sy akan rasa lain mcm jer gelisah dlm hati ni. ini adalh part yg agak "ngada2"@"mnja". well, lg skali, who cares? haha

Teringat pula pada bapa saya.seorang yang sgt baik. tak pernah jemu berkorban untuk segalanya. wlupon bapa penat, bapa x mengeluh. Instead, xpernah memaksa anak2 dlm plih jln hidup. Sy brsyukur sbb ada dlm kalngan rakan2 sy, ada yg parents tentukan msuk school mana lah, course manalah.Dan condemn, bila anak xnak. saya sayang bapa saya wlaupn saya jarang impress sayang saya pada bapa. wlupn dulu bapa garang wktu saya kecil,sy fhm mungkin itu tekanan pjabat.lgpn, bapa mmg strict orgnya..

mm..sedihla pulak.saya hrp sy masih ada peluang untuk bertemu dua insan ini tahun depan.

Sunday, April 11, 2010

ombak-ombak datang,sila pergi

I shouldnt have done that,
I should have pretended not to know
like I didnt see it, like I couldnt see it
I shouldnt have looked at you in the first place

I should have run away,
I should have pretended I wasnt listening
like I didnt hear it, like I couldnt hear it
I shouldnt have heard your love in the first place

Without a word you made me know love
Without a word you gave me love
Because you took just a breath and ran away like this
Without a word love leaves me
Without a word love abandons me
Wondering what to say next, my lips were surprised
Because it came without a word.

Why does it hurt so much?
Why does it hurt continuously?
Except for the fact that I can’t see you anymore
And that you’re not here anymore
Otherwise it’s the same as before

Without a word you made me know love
Without a word you gave me love
Because you took just a breath and ran away like this
Without a word love leaves me
Without a word love abandons me
Wondering what to say next, my lips were surprised

Friday, April 2, 2010

Here I go!!! n_n

hye semua...

stelah sekian lama baru ingat balaik mendeeee my pasword is 4 this blog. Oh my .. teruk betul.kekekekkekek coklat.(*gaya alia)

Btw, spring tinggal sebulan je, n dis week i'm very free! suke2!! but bila free ni lah mcm2 benda yang tak perlu pk terjah dalam otak, and this matter is torturing me enuf. suck this part. benda ni pasall....mestilah rahsia.huhu..

duduk dlm bilik ni apa yang aku buat? selalu buat keje solah.since ni dah free aku dengar2 lagu.sampai naik bosan.nak skype ngan org Msia, time ni kul 6.30 pagi.agak2 nak skype pagi buta cam ni,kOmpem x da feel. haiiissss