
Tuesday, June 8, 2010
seribu dinar

Posted by my lIfe is like living in the sea, Can't see What is InsidE at 3:44 PM 0 comments
Labels: islamku
Saturday, June 5, 2010
ha ha ha
hari ni hanta kak Ju ke airport balik Malaysia. MAsa berlalu pantas.tak sangka rasa baru smalam kami sang junior baru sampai buffalo. But now we're goin to be in sphomore year. Just in a blink. By the way rasa kehilangan jugak. Semua yang dulunya bersatu dekat Collegiate Village semuanya akan berpecah. Dayah + Wani move out ke apartmen lain sem depan. Begitu juga dgn aku, alia,ashi,zerut. Rasa sedih sebb keluarga besar dah berpecah. tapi still berharap kasih sayang antara kami berkekalan selamanya :'C
hari ni jugak xda mood nak belajar. ape nk jadi xtau lah. Yg penting at 7 nak terjun kolam kat lodge! nak nangis dalam kolam kasi kolam tercemar.pas tu nak buat kuak lentang dan kupu-kupu. ramai jugak join petang ni: Mira,shima, zerut, yat,izzah. Izzah jurulatih swimming aku. Alia xtau lah die nak join ke x.sbb dia kat lodge buat sigmen. till then. i'm break down but still SENYUM sbb saye suke senyum dan ketawa n.n)v
Posted by my lIfe is like living in the sea, Can't see What is InsidE at 3:48 PM 0 comments
Labels: jari manis
ga.Gah
Posted by my lIfe is like living in the sea, Can't see What is InsidE at 10:03 AM 0 comments
Labels: jari lari laju
al-kausar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasa air sungai ini lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Posted by my lIfe is like living in the sea, Can't see What is InsidE at 9:35 AM 0 comments
Labels: islamku
Thursday, June 3, 2010
Hancur. hati. jiwa. rasa
Ketua pemuda ahli syurga, Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma, di dalam himpunan nasihat dan kata – kata hikmah yang terakam di dalam sejarah ketinggian ilmu dan budinya pernah bekata;
“Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara: 1) Sifat takabbur. 2) Sifat Tamak. 3) Sifat dengki. Adapun sifat takabbur, ia menghancurkan ugama dan kerananyalah iblis dilaknat oleh Allah. Sifat tamak pula, ia adalah musuh kepada diri sendiri dan kerananyalah nabi Adam dikeluarkan daripada syurga. Manakala sifat dengki adalah pengepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil telah sanggup membunuh Habil.” ( Kitab ‘Allimu auladakum hubba aali baiti al nabi. ms 30 )
Inilah hikmah yang hebat dan cukup meruntun jiwa untuk menginsafi diri dan mendorong taqwa kepada Allah. Semoga Allah merahmati Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma dan menempatkan kita bersamanya dan para sahabat radhiaLlahu anhum di syurgaNya.
Posted by my lIfe is like living in the sea, Can't see What is InsidE at 7:23 AM 0 comments
Labels: fikir2